0Item(s)
0 0

TINGKATKAN KREATIVITI DENGAN QAILULAH

Product Code EA3580
Product Name: TINGKATKAN KREATIVITI DENGAN QAILULAH
Category: AAA Penulis
Star Rating: Not Available
Printable: YES
Original Price: USD 3.50
After Discount: USD 3.33
  ECopy (PDF) via Email

TINGKATKAN KREATIVITI DENGAN QAILULAH

E-buku bertajuk Tingkatkan Kreativiti dengan Qailulah adalah panduan berguna untuk membantu pembaca dalam memahami dan mengamalkan keajaiban amalan Qailullah mengikut sudut pandangan Islam. Selain itu, pembaca akan diterangkan dengan mendalam konsep Qailulah dari sudut pandangan secara saintifik dan ilmiah. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta disokong oleh kajian saintifik terkini, e-buku ini dapat menjelaskan cara bagaimana power nap selama 10-30 minit sehari dapat meningkatkan daya kreativiti, ketajaman minda, dan produktiviti harian kita secara tidak langsung. Secara amnya, pembaca akan didedahkan mengenai sejarah dan hikmah amalan Qailulah mengikut pandangan Islam. Pembaca juga dapat meneroka hubungan amalan Qailulah dan kemampuan minda dalam menghasilkan idea-idea baharu yang kreatif. Dalam pada itu, e-buku ini akan memberi panduan kepada pembaca mengenai kaedah melaksanakan amalan Qailulah dengan berkesan walaupun kita berada dalam jadual seharian yang padat . Sebagai inspirasi dalam melaksanakan amalan Qailulah, kisah kejayaan tokoh-tokoh terkenal yang mengamalkan Qailulah untuk mencapai prestasi secara optimum di dalam tugas mereka akan dibincangkan. Akhir sekali, lengkap dengan huraian motivasi dan sumber rujukan ilmiah, e-buku ini adalah sesuai untuk pelajar, ahli-ahli profesional, ibu bapa, atau sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkan potensi minda, daya kreativiti dan tubuh mereka secara optimum dan menyeluruh melalui amalan Qailulah.


Currently No Review